Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tinjau perkembangan perusahaan pertanian

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Rombongan seramai 16 orang ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah menyertai lawatan ke beberapa lokasi tapak perusahaan pertanian di Daerah Brunei dan Muara serta Tutong, hari ini.

    Turut serta ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab; Timbalan Setiausaha Tetap 1 di KSSUP, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi; pemangku pengarah pertanian dan agrimakanan serta beberapa orang pegawai kanan dari KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Lawatan merupakan salah satu daripada beberapa siri lawatan yang telah diatur oleh pihak KSSUP bagi mengongsikan dan seterusnya memberikan kefahaman serta membarigakan perkembangan dan pencapaian terkini usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan secara berterusan oleh kementerian dan para pengusaha dalam memastikan keluaran serta sumbangan daripada sektor sumber-sumber utama dan pelancongan kepada pertumbuhan KDNK akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

    Ia juga diatur bagi memberikan pendedahan kepada ahli-ahli MMN mengenai teknik serta sistem perladangan moden dan teknologi-teknologi terkini yang diguna pakai oleh pengusaha-pengusaha dalam meningkatkan produktiviti dan hasil keluaran perusahaan masing-masing.

    Di samping itu, ia juga memberikan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan para pengusaha terbabit, mengetengahkan penglibatan anak-anak tempatan sebagai pemilik secara persendirian ataupun usahasama dengan pengusaha-pengusaha asing serta peluang-peluang pekerjaan yang disediakan kepada anak-anak tempatan.

    Buah melon nampak ranum di ladang milik Harvest Moon di KKP Kilanas yang diuruskan oleh Haji Muhammad Zulfadhli Ibnu bin Haji Mohd Huzaimi. Ladang tersebut antara tapak yang dikunjungi oleh serombongan 16 ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang menyertai lawatan ke beberapa lokasi tapak perusahaan pertanian di Daerah Brunei dan Muara serta Tutong. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    ATAS & BAWAH : Rombongan MMN ketika membuat lawatan ke tapak-tapak perusahaan pertanian di Daerah Brunei dan Muara, kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

    Tapak-tapak yang dilawati adalah ladang penanaman buah-buahan tidak bermusim iaitu pengeluaran pisang Cavendish yang diusahakan oleh Syarikat Green Technology Farm di Lot 3, A2 dan D1-1 di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Batang Mitus dan diurus oleh Yeo Kok Ket di atas tapak seluas 44 hektar.

    Rombongan kemudian ke ladang milik Harvest Moon di KKP Kilanas di Lot K1 yang dimiliki dan diurus oleh Haji Muhammad Zulfadhli Ibnu bin Haji Mohd Huzaimi di atas tapak seluas lebih kurang 1.3 hektar.

    Lawatan seterusnya di Syarikat Akmal Asmaan Agriculture Farm di Lot K3, Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei (BARC) Kilanas di atas tapak seluas 1.14 hektar. Syarikat

    berkenaan dimiliki dan diurus oleh Awang Mohamad Akmal Asmaan bin Haji Asmali.

    Lawatan berakhir di Syarikat Wina Wiya Enterprise di Lot K16, BARC Kilanas, yang merupakan tapak tambahan di bawah program expansion dan diberikan seluas 2 hektar.

    Syarikat berkenaan dimiliki dan diurus oleh Awang Hamidun bin Haji Mahat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ketua IAEA bimbang aktiviti nuklear semakin meningkat

    TEHRAN, 6 MEI - Ketua badan pemantau atom PBB, Rafael Grossi tiba di Iran hari ini, di mana beliau dijangka berucap pada persidangan dan...