Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Tahlil sempena Hari Pos Sedunia

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Sempena Hari Pos Sedunia 2023, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran, di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), kelmarin.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di MTIC, Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim.

    Bacaan Surah Yasin, tahlil dan Doa Kesyukuran telah dipimpin oleh Imam Surau LTAB, Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang.

    Kemudian, majlis disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil serta Doa Kesyukuran khusus untuk pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos dan warganya yang telah kembali ke rahmatullah.

    Majlis juga diselajurkan dengan bacaan doa perlindungan daripada wabak COVID-19 bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, sebelum diteruskan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Antara lain tujuan majlis adalah bagi memperingati penubuhan Jabatan Perkhidmatan Pos di Negara Brunei Darussalam ke-117 tahun dan bagi memperingati Sambutan Hari Pos Sedunia ke-149 tahun bertemakan Bersama Kita Percaya: Bekerjasama untuk Masa Depan yang Selamat dan Terhubung yang jatuh pada 9 Oktober setiap tahun.

    Majlis juga merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Pos dan memohon keredaan Allah SWT.

    Warga MTIC semasa majlis kesyukuran sempena Hari Pos Sedunia di LTAB. – Gambar serahan Jabatan Perkhidmatan Pos
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...