Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tom Holland dan Zendaya beli rumah bersama

    Hubungan cinta antara pelakon Tom Holland dan aktres Zendaya kini memasuki fasa baharu yang lebih serius.

    Memetik laporan BuzzFeed, pasangan selebriti Hollywood terkenal itu dikatakan sudah membeli rumah idaman bersama.

    Difahamkan, selepas beberapa ubah usai, kediaman pasangan itu lengkap dengan gimnasium, pawagam dan enam bilik tidur.

    Pembelian rumah tersebut menimbulkan spekulasi bahawa Tom dan Zendaya bakal melangsungkan perkahwinan.

    Bagaimanapun sehingga kini, kedua-dua selebriti terkenal itu masih mengunci mulut mengenai perkara tersebut.

    Untuk rekod, pasangan tersebut secara rasmi menjalinkan hubungan cinta sejak Julai tahun lalu selepas aksi mesra mereka sempat dirakam paparazi.

    Tom dan Zendaya mula mengenali satu sama lain sejak 2016 selepas me-reka membintangi filem Spider-Man: Homecoming. – Agensi

    Hubungan cinta antara pelakon Tom Holland dan aktres Zendaya kini memasuki fasa baharu yang lebih serius. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...