Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tottenham ‘pasukan pilihan’ saingan Liga

    LISBON, 13 SEPT – Tottenham bimbingan Antonio Conte adalah “pasukan pilihan” dalam perlawanan Kumpulan D Liga Juara-Juara minggu ini, kata jurulatih Sporting Ruben Amorim pada hari Isnin sebelum perlawanan mereka di Portugal.

    “Tottenham adalah pasukan pilihan dalam kumpulan. Mereka adalah pasukan yang mempunyai salah satu serangan terbaik di dunia dengan jurulatih yang pernah merangkul kejayaan di Itali dan England serta pemain bertaraf dunia,” kata Amorim.

    “Mereka mempunyai kekuatan dan kualiti dalam kerja berpasukan. Kami perlu berhati-hati kerana mereka akan menghukum kami untuk kesilapan kecil.”

    Beliau menambah Tottenham juga lebih cergas setelah tidak bermain dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dijadualkan menentang Manchester City berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

    Conte berkata, “Tidak bermain pada Sabtu sudah tentu mengubah keadaan permainan. Ia membolehkan kami pulih dengan lebih baik.

    “Apabila awda bermain setiap tiga hari, ia akan mengambil risiko dan ia akan mengalami lebih banyak kecederaan dan kurang tenaga kepada pemain.

    “Saya lebih santai apabila memilih kesebelasan utama saya. Penangguhan perlawanan menentang City membolehkan saya mengubah idea pasukan yang saya fikirkan untuk perlawanan esok.” – AFP

    Reaksi Antonio Conte menjelang perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara antara Tottenham Hotspur dan Olympique de Marseille di stadium Tottenham Hotspur, di London, England, 7 September lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...