Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tropical Bioessence sasar jadi syarikat terbesar dunia

    DUBAI, 23 FEB – Syarikat berstatus BioNexus, Tropical Bioessence Sdn Bhd menyasar untuk menjadi pengeluar minyak pati serai terbesar dunia dalam tempoh dua tahun dan seterusnya membuka peluang pekerjaan serta perniagaan kepada lebih banyak pihak.

    Pengarah Urusan, Mohd Khairil Said berkata Tropical Bioessence yang berada di bawah Star Medik Group telah memperkenalkan jenama baharu, Serai Malaya, pada Disember 2021 menerusi pelbagai produk berasaskan serai.

    “Menerusi Serai Malaya, kami menghasilkan minyak pati tulen untuk membuat produk, antaranya, produk penjagaan diri, minyak aromaterapi, penyembur penyegar udara selain serai racik dan serbuk serai untuk kegunaan masakan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

    Beliau berkata sebagai permulaan pihaknya melabur RM2.5 juta untuk membangunkan kilang pemprosesan dan penyulingan serai di Masjid Tanah, Melaka bagi memastikan jenama Serai Malaya terus berkembang seiring dengan aspirasi menjadi pengeluar minyak pati serai terbesar dunia.

    Buat masa ini, kilang tersebut memproses 15 tan serai setiap hari dan akan dipertingkatkan secara berkala untuk mencapai 75 tan sehari, katanya.

    Mohd Khairil berkata projek baharu tersebut telah memberi limpahan faedah kepada penanam serai bukan sahaja di sekitar Masjid Tanah, malah di Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pahang.

    “Kami perlukan keluasan tanaman kira-kira 971 hektar, tapi kini baru ada sekitar 48.5 hektar,” katanya.

    Beliau berkata Tropical Bioessence membeli serai daripada petani pada harga RM2.50 sekilogram termasuk daunnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...