Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    TAP terima pengiktirafan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Tabung Amanah pekerja (TAP) telah dianugerahkan Certificate of Merit semasa pertandingan International Social Security Association (ISSA) Good Practice Awards for Asia and the Pacific 2021.

    Penyertaan bertajuk ‘Rang-sangan Fiskal Kemen-terian Kewangan dan Ekonomi Brunei Darussalam’ itu adalah antara 168 penyertaan daripada 30 ahli ISSA dari 19 buah negara di rantau ini.

    Menurut kenyataan TAP, penyertaan berkenaan menekankan mengenai beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan dengan pendekatan whole of nation oleh pihak kerajaan bagi menangani kesan COVID-19 di negara ini. 

    Langkah-langkah yang diambil tertumpu kepada tiga komponen utama, iaitu melindungi kebajikan penduduk di negara ini secara keseluruhannya, memastikan jaminan pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan membantu perniagaan. 

    Bermula 1 April 2020, TAP telah diamanahkan untuk turut bekerjasama dalam membantu pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam pelaksanaan pakej Rangsangan Fiskal untuk membantu perniagaan dan pekerja atau individu yang terjejas di sektor swasta.

    Kenyataan menjelaskan, anugerah yang diadakan setiap tiga tahun sekali itu merupakan anugerah yang penting dan diadakan khusus bagi meraikan usaha serta pencapaian cemerlang setiap institusi keselamatan sosial di rantau ini.

    Sesi khas itu merupakan acara khusus bagi mengumumkan institusi yang menang dan juga untuk meraikan Attestations, Certificates of Merit dan Certificates of Merit with Special Mention yang dicapai oleh institusi ahli ISSA. 

    Pertandingan yang mengiktiraf amalan terbaik dalam pentadbiran keselamatan sosial itu turut memberikan peluang yang unik kepada setiap institusi bagi membentangkan dan mengongsikan inisiatif dan penyelesaian inovatif yang telah dibuat secara global.

    Majlis penganugerahan telah diadakan secara maya semasa Forum Keselamatan Sosial ISSA (VSSF) untuk Asia dan Pasifik, kelmarin.

    Forum yang berlangsung dari 22 hingga 24 Februari tersebut mengumpulkan kesemua ahlinya bagi membincangkan keutamaan dan strategi untuk keselamatan sosial di rantau ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...