Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tsitsipas berjaya takluki Terbuka Mallorca

    PALMA, SEPANYOL, 26 JUN – Stefanos Tsitsipas berjaya memenangi kejohanan Mallorca selepas menewaskan Roberto Bautista Agut dalam tiga set kelmarin, ketika mereka membuat persiapan untuk bermain di atas gelanggang rumput dalam kejohanan Kelab All England nanti.

    Kemenangan tersebut adalah kejohanan pertama yang diraih oleh Tsitsipas dalam Jelajah ATP sebelum kejohanan Wimbledon yang bermula Isnin ini.

    Pemain pilihan kedua dari Greece itu berjaya menewaskan Bautista Agut dalam set penentuan dengan keputusan 6-4, 3-6, 7-6 (2) untuk meraih kemenangan ke-40 dalam musim ini.

    Kejohanan kesembilan dalam kariernya itu juga adalah yang kedua pada musim ini selepas Tsitsipas memenangi kejohanan Monte Carlo April lalu.

    Tsitsipas, pemain yang berada di ranking keenam, bakal berdepan dengan Alexander Ritschard dari Switzerland dalam pusingan pembukaan di Kejohanan Wimbledon.

    Sementara itu, dia dilihat mengalami kesukaran semasa set ketiga selepas mendapatkan breakpoint awal untuk mendahului 4-1.

    Namun, pemain ranking ke-20, Bautista Agut, pemain yang sebelum ini berjaya menewaskan Daniil Medvedev dalam perlawanan separuh akhir, menggagalkan percubaan Tsitsipas ketika dia membuat pukulan servis dan memaksa untuk mendapatkan tiebreaker.

    “Ia adalah perlawanan yang mengagumkan,” kata Tsitsipas. “Saya tahu ia akan menjadi satu mimpi ngeri untuk pemain berdepan dengan kekalahan tetapi saya berfikir untuk sukan tenis ini, ia adalah sangat menakjubkan untuk dapat beraksi dengan tahap tinggi seperti ini.”

    Bautista Agut berusaha untuk mendapatkan kejohanan ke-duanya pada tahun ini, sekali gus untuk menambah gelaran juara kali ke-10 dalam kerjayanya. – AP

    Gambar fail Stefanos Tsitsipas beraksi ketika membalas pukulan dalam perlawanan perseorangan di Halle, Jerman, 14 Jun 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...