Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Tunjuk perasaan, 9 ditahan di Munich

BERLIN, 26 JUN – Sembilan orang ditahan semasa tunjuk perasaan di bandar raya  Munich, Jerman kelmarin, menjelang sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7), lapor Sputnik memetik laporan akhbar Suddeutsche Zeitung.

Dua orang pegawai penguat kuasa dan beberapa orang penunjuk perasaan turut cedera, lapor akhbar itu.

Terdahulu, media Jerman yang memetik polis Munich melaporkan kira-kira seramai 20,000 orang telah mendaftar untuk menyertai perhimpunan kelmarin, tetapi hanya 4,000 yang hadir dan menurut penganjur kira-kira seramai 6,000 orang turut serta dalam demonstrasi itu.

Bantahan itu dianjurkan kumpulan aktivis iklim yang menuntut pemimpin dunia berusaha lebih keras untuk menghentikan penggunaan bahan api fosil, memelihara biodiversiti, mempromosikan keadilan sosial dan memerangi kelaparan.

Sidang kemuncak G7 diadakan di istana Bavaria Schloss Elmau bermula kelmarin hingga Selasa.

G7 terdiri dari Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Canselor Olaf Scholz, yang akan mempengerusikan sidang kemuncak itu selaku Jerman sebagai pengerusi, turut mempelawa Perdana Menteri India, Narendra Modi, pemimpin Argentina, Indonesia, Senegal dan Afrika Selatan untuk menyertai sidang kemuncak berkenaan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -