Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Turkiye azam banteras pengganas di Syria

    ANKARA, 20 JULAI – Turkiye berazam untuk membanteras pertubuhan pengganas di Syria yang mengancam keselamatannya, lapor agensi Anadolu memetik presiden negara itu kelmarin.

    “Kami berazam untuk menghapuskan kumpulan dari Syria yang menyasarkan keselamatan negara kami,” kata Recep Tayyip Erdogan menjelang pertemuan tiga hala dengan rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin dan Presiden Iran Ebrahim Raisi di Tehran, ibu negara Iran.

    Beberapa pemimpin dunia berhimpun sempena sidang kemuncak ketujuh Astana untuk membincangkan perkembangan terkini di Syria, memerangi kumpulan pengganas, yang menimbulkan ancaman kepada keselamatan serantau, situasi kemanusiaan dan penghantaran pulang rakyat Syria secara sukarela.

    “Ia mesti difahami dengan jelas bahawa tidak ada ruang pada masa depan untuk keganasan pemisah dan kesinambungannya di wilayah kita,” katanya.

    Beliau berkata  Tal Rifat dan Manbij Syria telah menjadi “sarang keganasan”  dan sudah tiba masa membersihkan kawasan itu daripada cengkaman organisasi pengganas yang sedang mencari tapak yang selamat. 

    Menyifatkan Rundingan Astana mengenai Syria sebagai perjuangan yang berkesan dan konkrit, Erdogan berkata Turkiye mengharapkan sokongan Rusia dan Iran untuk memerangi keganasan di Syria. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...