Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Tyremart hargai pelanggan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Tyremart baru-baru ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah masing-masing di cawangan Gadong dan Kuala Belait.

    Awang Sofpri bin Tawi memenangi kasut sukan Nike Air Max 90 manakala itu, Awang Haziq Halidi, yang diwakili oleh ibunya Hajah Nortijah, memenangi jaket sukan Adidas.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Jualan Cawangan Tyremart, Guma.

    Awang Sofpri berkata, “Akhirnya, saya memenangi hadiah cabutan bertuah dan saya telah menjadi pelanggan setia Tyremart selama bertahun-tahun.”

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebagai usaha untuk menaikkan semangat semasa endemik ini, Tyremart memberi ganjaran kepada pelanggan mereka dengan pa-kaian fesyen sukan untuk menggalakkan aktiviti sukan agar kekal cergas dan sihat.

    Pelanggan yang membuat pembelian di Tyremart dengan jumlah minimum semasa tempoh kempen tersebut layak mendaftar untuk cabutan bertuah secara dalam talian.

    Satu lagi kempen yang berakhir pada Januari 2022 adalah untuk pelanggan Michelin di mana pelanggan boleh memilih salah satu daripada hadiah mewah yang ditawarkan termasuk dompet Louis Vuitton, pembesar suara Bose dan batang golf Cobra King.

    Pemenang bertuah dari Kuala Belait, Lim WH telah memilih dompet Louis Vuitton yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan Kuala Belait, Eric Ling.

    Tyremart turut mengadakan kempen Pirelli yang sedang berjalan sehingga penghujung April depan di mana pemenang bertuah boleh memilih hadiah sama ada Apple iPhone 13, Samsung Galaxy Z Flip 3 atau destinasi percutian pilihan apabila sempadan Brunei dibuka semula nanti.

    Awang Sofpri dan Hajah Nortijah menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Guma. -Gambar serahan Tyremart
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...