Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    UBD anjur Program Quranic Journey

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Universiti Brunei Darussalam (UBD) melalui Unit Kerohanian dan Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UBD hari ini telah menganjurkan Program Quranic Journey dengan sesi tadabbur Al-Quran di Masjid Universiti, UBD.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Dekan Pelajar UBD, Awang Saidai bin Haji Awang Hitam.

    Sesi kali ini mengetengahkan Tadabbur Surah Al-Kahfi yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Harapandi Dahri.

    Program yang disiarkan secara langsung melalui Instagram Persatuan Mahasiswa UBD itu adalah sebagai wadah bagi para pelajar UBD khususnya dan orang awam amnya untuk menghayati isi Al-Quran.

    Acara juga dihadiri oleh para pensyarah, kakitangan, mahasiswa dan mahasiswi UBD serta jemputan dari institusi pengajian tinggi lain dan sekolah-sekolah.

    Ia juga dibukakan kepada orang ramai untuk sama-sama hadir agar ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama.

    Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah bagi para hadirin dan disempurnakan oleh tetamu khas majlis.

    Antara kakitangan dan mahasiswa serta mahasiswi UBD yang hadir semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...