Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    UK tawar vaksin untuk budak 5-11 tahun

    LONDON, 17 FEB – Pihak berkuasa Britain akan menawarkan vaksin koronavirus kepada enam juta kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, kata pegawai semalam.

    Kerajaan berkata kanak-kanak berkenaan akan ditawarkan dos vaksin COVID-19 yang rendah bermula April di England. Scotland, Wales dan Ireland Utara juga mengumumkan langkah yang sama.

    “Ibu bapa boleh, sekiranya mereka mahu, menerima tawaran untuk menambah perlindungan ke atas gelombang COVID-19 akan datang tatkala kami belajar hidup dengan virus ini,” kata Setiausaha Kesihatan Sajid Javid.

    Jawatankuasa penasihat vaksin bebas kerajaan berkata sementara virus tidak menimbulkan ancaman kepada kebanyakan kanak-kanak, sejumlah kecil yang dijangkiti akan menjadi penyakit serius.

    Pihak berkuasa berkata semalam kanak-kanak berkenaan akan diberikan dua dos 10 mikrogram vaksin Pfizer, dengan selang masa sekurang-kurangnya 12 minggu untuk dos kedua.

    Sementara itu, Perdana Menteri Boris Johnson dijangka menggaris kasar strategi jangka panjang kerajaannya untuk ‘hidup bersama COVID-19’ pada 21 Februari. Johnson berkata minggu lalu semua sekatan domestik yang tinggal di England, termasuk individu dijangkiti diwajibkan menjalani pengasingan kendiri, akan dbatalkan dalam masa beberapa minggu ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...