Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ular sawa 1.2m berjaya ditangkap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Penghuni sebuah rumah di STKRJ Kampung Rataie, Temburong telah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa berukuran kira-kira 1.2 meter panjang yang ditemui di kawasan belakang dapur pada 29 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, lima orang anggota bomba dan penyelamat dengan sebuah jentera dari Balai Bomba Rataie yang diketuai oleh ABKS 335 Roslan bin Haji Moksin, dikejarkan ke tempat insiden pukul 9:19 malam.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak menangkap ular berkenaan dengan menggunakan snare catcher. Ular itu seterusnya dilepaskan ke habitatnya di kawasan yang jauh dari tempat kawasan perumahan bagi memastikan keselamatan orang awam.

    JBP menyarankan orang ramai supaya jangan sesekali menghampiri atau berhasrat untuk mengancam binatang liar bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini serta memastikan pintu rumah atau bangunan dan jendela dalam keadaan tertutup jika mereka tidak berada di rumah bagi menggelakkan binatang-binatang seperti anjing liar, ular, buaya dan monyet memasuki rumah mereka.

    JBP juga menyatakan bahawa reban ayam, itik atau kandang binatang peliharaan boleh menarik perhatian binatang liar seperti ular dan oleh itu, mereka harus memastikan persekitaran rumah dan reban adalah dalam keadaan bersih dan teratur.

    Anggota bomba dan penyelamat berjaya menangkap seekor ular sawa berukuran kira-kira 1.2 meter panjang di kawasan belakang dapur penghuni rumah di STKRJ Kampung Rataie, Temburong pada 29 April lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...