Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    UNISSA raikan pemenang Anugerah Buku 2022

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Bagi menghargai sumbangan para tenaga akademik dalam sama-sama meningkatkan pencapaian dan kedudukan dalam bidang penyelidikan dan penerbitan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Majlis Anugerah Buku 2022 yang berlangsung di Bilik Banquet, universiti berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis seterusnya menyampaikan anugerah tersebut ialah Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan), UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Pegawai Ugama UNISSA, Pengiran Muhammad Daud bin Pengiran Matassan.

    Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penerbitan, UNISSA, Dayang Salwani binti Sabtu dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan penambahan dua kategori baharu dilihat sangat penting sebagai salah satu usaha UNISSA Press untuk menghargai sumbangan para tenaga akademik UNISSA dalam sama-sama meningkatkan pencapaian dan kedudukan UNISSA dalam bidang penyelidikan dan penerbitan.

    Tambahnya, Anugerah Buku UNISSA juga bertujuan menggalakkan para tenaga akademik untuk memperkaya lagi penyelidikan dan seterusnya menerbitkan hasil kajian mereka dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi.

    Pada tahun ini dua kategori baharu iaitu Anugerah Artikel Jurnal Berimpak Tinggi dengan petikan terbanyak, dan Anugerah Bilangan Penerbitan Terbanyak dalam Jurnal Berimpak Tinggi telah diperkenalkan sebagai tambahan kepada tiga kategori lazim iaitu Anugerah Buku Bahasa Melayu, Anugerah Buku Bahasa Inggeris, dan Anugerah Buku Bahasa Arab.

    Dalam pada itu, pemenang bagi Anugerah Buku Bahasa Arab ialah buku yang berjudul ‘Al-Kulliyyaat Wa Al-Qawaidmal-Quraaniyyah: Dirasah Ta’siliyyah Tahliliyyah Li Al-Kulliyyaat Wa Al-Qawaaid Al-Fiqhiyyah’ (General Quranic Texts & Rules: An Analytical and Fundamental Study of the Juristic Rules) yang ditulis oleh Dr Maiga Mohamed Hamadikinane dan Hajah Nurol Halimatulwara’ binti Haji Mumin.

    Sementara buku yang berjudul ‘The Quran on Art Architecture and Built Environment’ ditulis oleh Profesor Madya Dr Spahic Omer telah dipilih sebagai pemenang bagi Anugerah Buku Bahasa Inggeris. Manakala bagi Anugerah Buku Bahasa Melayu pula, pemenangnya ialah buku bertajuk ‘Kitab Hadis Arba’in Fadani: Karya Ulama Nusantara di Tanah Suci’ karya Dr Jannatul Husna Ali Nuar dan Profesor Madya Dr Gamal Abdul Nasir Zakaria.

    Artikel yang bertajuk ‘The Effect of Halal Foods Awareness on Purchase Decision with Religiosity as a Moderating Variable: A Study among University Students in Brunei Darussalam’ hasil tulisan Profesor Madya Dr Hajah Rose binti Abdullah, Profesor Dr Muslichah Machali dan Dr Ahmad Lutfi bin Haji Abdul Razak telah dipilih sebagai pemenang bagi Artikel Jurnal Berimpak Tinggi dengan petikan terbanyak.

    Tetamu kehormat majlis bergambar ramai bersama pemenang-pemenang Anugerah Buku UNISSA 2022. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...