Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    United terselamat asakan Villa

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 11 NOV – Bruno Fernandes membawa Manchester United ke kelompok 16 terakhir Piala Liga selepas pemain tengah Portugal itu menghukum penjaga gawang Aston Villa, Robin Olsen dengan kemenangan 4-2, kelmarin.

    Skuad kendalian Erik Ten Hag di ambang kekalahan kepada Villa untuk kali kedua minggu ini selepas ketinggalan dua kali dalam pertemuan pusingan ketiga di Old Trafford.

    Selepas ditewaskan Villa 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lepas, United ketinggalan apabila Ollie Watkins membuka jaringan pada awal babak kedua. Anthony Martial menyamakan kedudukan namun gol sendiri Diogo Dalot mengembalikan kedudukan Villa sebagai pendahulu dalam perlawanan kedua mereka di bawah kendalian jurulatih baharu, Unai Emery.

    United sekali lagi menyamakan kedudukan melalui gol Marcus Rashford dan Fernandes meletakkan mereka di depan selepas hantaran Olsen yang teruk sebelum Scott McTominay memastikan kemenangan dalam masa kecederaan.

    Ten Hag sebelum ini pernah berkata kekalahan United di Villa Park sebagai ‘tidak boleh diterima’.

    “Gembira dengan semangat juang yang ditonjolkan. Itulah apa yang kami perlukan dan ditunjukkan dalam setiap perlawanan. Saya sangat kecewa dan marah Ahad lalu kerana kami tidak melawan.

    “Separuh masa kami tidak pernah sama. Malam ini kami mengawal permainan di babak pertama dengan melakukan banyak asakan, tetapi kami lakukan kesilapan, jadi kami banyak terlepas peluang.

    “Semasa pertengahan perlawanan, kami teruskan mengasak. Saya berbangga dengan pasukan yang dapat berbuat demikian. Kami berada di landasan yang betul tetapi perjalanan masih jauh,” kata Ten Hag.

    Piala Liga adalah trofi domestik terakhir dimenangi United sejak tahun 2017 dan Ten Hag berharap dapat menamatkan kemarau itu tahun ini. – AFP

    Aksi Scott McTominay menjaringkan gol semasa perlawanan antara Manchester United dan Aston Villa di Manchester, England, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -