Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    USM bantu pelajar pendidikan khas ternak tilapia secara lestari

    GEORGE TOWN, 20 SEPT – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), badan bukan kerajaan (NGO) PENCINTA dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubok melaksanakan projek membantu pelajar pendidikan khas menternak tilapia secara lestari.

    Ketua Projek yang juga pensyarah Biologi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) USM Dr Amirah Hurzaid berkata projek ternakan itu melibatkan proses pemindahan ilmu dan kemahiran kepada guru-guru Pendidikan Khas serta waris pelajar terlibat.

    Menurutnya, usaha itu bertujuan membimbing pelajar pendidikan khas menjadi individu yang berdaya saing dan mampu mencipta pekerjaan selepas tamat belajar, selain tidak bergantung kepada bantuan bulanan kerajaan semata-mata.

    “Latihan khas akan diberikan kepada pelajar ini bagi menjalankan penternakan ikan tilapia secara lestari dan satu modul akan dibangunkan sebagai rujukan kepada sekolah-sekolah pendidikan khas yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

    Tambahnya, projek tersebut menggunakan Geran Jaringan Industri dan Masyarakat berjumlah RM9,000. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...