Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Usop ditegur ibu sebab kongsi berita kehamilan terlalu awal

    Keterujaan penyanyi Usop berkongsi berita isterinya hamil empat minggu menerima teguran ibunya apabila dianggap terlalu awal untuk berkongsi perkara itu kepada umum.

    Usop nama sebenarnya Muhd Saiful Naim Muhd Noor mengakui kesilapannya yang mungkin menggores hati pasangan yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

    “Boleh katakan ini rezeki anak yang tak dirancang sebab isteri saya memang betul-betul teringin mahu ada anak.

    “Saya kongsi video itu pun sebab terlalu teruja, tambahan pula isteri pun gembira sangat nak timang anak. Bagi saya, soal zuriat ini kita tak boleh nak rancang.

    “Rezeki Allah yang nak beri. Ada abang yang sudah kahwin dua tahun pun tak ada anak lagi rezeki masing-masing. Cuma saya akui kesilapan saya berkongsi terlalu awal kerana terlalu teruja.

    “Malah ibu saya juga turut menegur mengenai perkara itu,” kata Usop kepada media.

    Pada 30 Mac lalu, Usop berkongsi berita gembira bahawa isterinya hamil empat minggu selepas dua bulan mereka berumahtangga.

    Berkongsi mengenai perkembangan terbaharu, penyanyi lagu Lenyap itu turut berasa bimbang akan kesihatan dan keadaan isterinya yang kini berniaga di bazar Ramadan Seberang Jaya, Pulau Pinang.

    “Fatihah meniaga kuih muih di bazar sepanjang bulan puasa ini.

    “Saya sudah melarang namun dia tetap nak meniaga, jadi sebagai suami, kenalah bantu apa yang patut.

    “Saya memohon doa semua pihak agar semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah, doakan semuanya agar dipermudahkan,” ujarnya.

    Untuk rekod, Usop mendirikan rumah tangga dengan Fatihah pada 4 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu. – Agensi

    Kerana terlalu teruja, Usop akui tersilap langkah berkongsi berita isteri hamil awal. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...