Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Verstappen intai kemenangan pertama Grand Prix Miami

    MIAMI, 5 MEI – Juara dunia Max Verstappen akan berusaha untuk mengabaikan semua gembar-gembur hujung minggu ini apabila dia cuba merapatkan jurang pendahuluan Charles Leclerc dengan kemenangan ketiga musim ini di Grand Prix Miami yang pertama dianjurkan.

    Dengan meraih kemenangan di Grand Prix Emilia Romagna baru-baru ini, pelumba Belanda berusia 24 tahun itu tiba di Florida menyusuli pendahulu kejuaraan Leclerc dari Ferrari dengan 27 mata.

    Pertandingan itu akan menjadi yang pertama daripada dua perlumbaan di Amerika tahun ini, menambah kejayaan Grand Prix Amerika Syarikat yang diadakan di Austin, Texas, dan ada yang berpendapat perlumbaan ini adalah jawapan F1 kepada Super Bowl, lengkap dengan selebriti terkenal dan kawasan perhotelan yang sesak. – AFP

    Juara dunia Max Verstappen ingin ungguli gelaran Grand Prix Miami pertama. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...