Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak maut ditembak kumpulan jenayah UK

    LIVERPOOL, 24 OGOS – Polis di Liverpool, barat laut England, hari ini menggesa penjenayah menyerahkan seorang lelaki bersenjata selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditembak mati dalam kejadian tembak-menembak yang disyaki dilakukan oleh kumpulan penjenayah.

    Olivia Pratt-Korbel terbunuh pada malam Isnin apabila seorang lelaki berusia 35 tahun, menceroboh masuk ke dalam rumah Olivia untuk cuba melarikan diri dari penyerangnya.

    Polis Merseyside berkata lelaki tersebut ditahan kerana melanggar syarat pembebasan awalnya dari penjara.

    Pasukan polis itu menambah, dia ditahan di hospital di mana dia menerima rawatan kerana luka tembak dan akan disoal siasat mengenai pembunuhan kanak-kanak perempuan itu.

    Penembak itu kemudiannya akan dikembalikan ke penjara untuk menjalani hukumannya.

    Ketua Konstabel Serena Kennedy menganggap pembunuhan itu sebagai mengejutkan dan merayu kepada sesiapa yang mengenali lelaki bersenjata itu untuk tampil memberi maklumat.

    Penduduk setempat di kawasan Dovecot di Liverpool telah menyalahkan kumpulan samseng atas kematian Olvia.

    Kematian Olivia adalah menjadi tembakan ketiga di kawasan berhampiran dalam tempoh seminggu kebelakangan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat tentang jenayah senjata api di bandar itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...