Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Wanita ditahan tinggal lebih masa

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Seorang perempuan warga asing telah ditahan semasa Operasi Tumpas Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) 53/2022 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK Kuala Belait dan menyasarkan premis perniagaan di Mukim Belait, pagi tadi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, perempuan berkenaan telah didapati melanggar Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh.

    Perempuan berkenaan telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang cawangan Kuala Belait bagi siasatan dan tindakan lanjut.

    Sementara itu, majikan yang terlibat juga telah diarahkan untuk hadir ke bahagian penguatkuasaan berkenaan bagi siasatan dan tindakan lanjut.

    Pemeriksaan tersebut dijalankan oleh tiga pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK Kuala Belait yang diketuai oleh pemangku pegawai imigresen kanan.

    Sehubungan itu, JIPK mengingatkan para majikan agar patuh dan tidak melanggar sebarang akta dan peraturan imigresen dan memastikan pekerja-pekerja mereka melakukan kerja-kerja seperti yang ditetapkan.

    JIPK mengalu-alukan orang ramai untuk memberikan maklumat dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (Bandar Seri Begawan); dan 8984111 (Kuala Belait).

    Seorang perempuan warga asing telah ditahan kerana didapati tinggal lebih masa semasa Operasi Tumpas JIPK 53/2022 yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa JIPK, kelmarin. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...