Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tiga pekerja langgar Perintah Pekerjaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Dengan matlamat untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan di negara ini, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh terus menjalankan peranan mereka menerusi pelaksanaan Operasi Sejahtera 101/2022 di kawasan Kampung Masin, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, pemeriksaan ke atas kegiatan kedai jahit dan gerai makan di kawasan kampung berkenaan telah mendapati tiga orang pekerja asing melakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009.

    Seorang pekerja asing didapati bekerja dengan majikan selain daripada majikan yang dibenarkan. Jika sabit kesalahan, majikan asal dan majikan yang menggaji boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Selain itu, dua orang pekerja asing didapati bekerja di tempat yang tidak selaras dengan alamat kegiatan yang telah dibenarkan.

    Jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan para majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Oleh itu, bagi mengetahui makluman lebih lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Anggota penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan di kedai jahit dan gerai makan di kawasan Kampung Masin, baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...