Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Swiatek raih kemenangan mudah

    WARSAW, 28 JULAI – Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek dengan mudah mara ke pusingan kedua dalam kejuaraan Terbuka Poland kelmarin dengan straight set, menewaskan rakan senegaranya, Magdalena Frech.

    Juara Terbuka Perancis itu berjaya meraih kemenangan 6-1, 6-2 di acara gelanggang tanah liat Warsaw dalam perlawanan pertamanya sejak mengalami kekalahan pusingan ketiga oleh Alize Cornet di Wimbledon.

    “Sudah tentu bermain di halaman sendiri dengan keramaian penonton seperti itu adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata Swiatek.

    “Saya tidak berpeluang bermain dalam banyak perlawanan di Poland, jadi sudah tentu saya memerlukan lebih banyak tumpuan dan kegigihan untuk datang ke sini serta kekal berada dalam zon dan juga tidak memikirkan perkara lain,” tambahnya.

    Beliau menambah: “Saya gembira bahawa prestasi permainan sangat baik hari ini kerana Magda bukanlah pesaing yang mudah dikalahkan. Dari awal lagi, saya ingin memberikan tekanan kepadanya dan saya melakukannya dengan baik.”

    Swiatek mempunyai rekod 37 kemenangan tanpa kalah sebelum penyingkiran awalnya di Wimbledon, dan berjaya meraih enam gelaran.

    Pemain berusia 21 tahun itu kembali bermain dengan prestasi terbaiknya ketika menentang Frech, tidak berdepan dengan satu pun breakpoint ketika beliau menamatkan kemenangan dalam masa 73 minit.

    Beliau bakal berdepan dengan pemain lucky loser dari Romania dan pemain nombor 146 dunia, Gabriela Lee untuk merebut tempat di perlawanan suku akhir. – AFP

    Aksi Iga Swiatek semasa bermain pada acara amal ‘Iga Swiatek dan Rakan-Rakan untuk Ukraine’ bagi mengumpulkan dana untuk kanak-kanak yang terjejas oleh perang di Ukraine, 23 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...