Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Wanita tipu pelabur dipenjara 20 tahun

    LOS ANGELES, 22 NOV – Seorang wanita yang menipu pelabur dalam projek hotel dan kondominium California Selatan berjumlah sekurang-kurangnya AS$26 juta telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun semalam.

    Ruixue ‘Serena’ Shi, 38, dari Arcadia dihukum penjara selepas seorang hakim enggan membenarkannya menarik diri daripada pengakuannya tahun lalu.

    “Tidak adanya rasa tanggungjawab,” kata Hakim Daerah AS, R. Gary Klausner, menurut kenyataan media dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

    Pendakwa berkata dari 2015 hingga pertengahan 2018, Shi bekerja sebagai pengurus besar sebuah syarikat harta tanah berpangkalan di China yang mempunyai pejabat di Los Angeles. Dia mendapatkan pelaburan, terutamanya daripada pelabur China, dalam 207 unit kompleks mewah yang akan dibina di bandar Coachella, tenggara Los Angeles.

    Pada hakikatnya, Shi menghabiskan kebanyakan wang dalam kereta mewah, percutian, pakaian, makanan dan membeli-belah. Ia termasuk AS$800,000 di ‘agensi perkhidmatan gaya hidup’ di Beverly Hills, menurut pendakwa.

    “Sementara mangsanya mengalami krisis kewangan dan masalah psikologi, Shi pula berseronok menggunakan wang pelaburan mereka,” kata pendakwa dalam dokumen. Selain hukuman penjara, Shi juga diarah membayar pampasan berjumlah AS$35.8 juta. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...