Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Watford tandatangani Kamara

    LONDON, 5 JAN – Watford telah menandatangani pemain pertahanan, Hassane Kamara dari kelab Perancis, Nice, kelab Liga Perdana Inggeris itu mengumumkan kelmarin.

    Tiada bayaran didedahkan tetapi Hornets berkata bek sayap kiri berusia 27 tahun itu telah menandatangani perjanjian yang akan mengekalkannya di kelab itu sehingga Jun 2025.

    Pemain antarabangsa Ivory Coast itu, yang belum dipilih untuk Piala Negara-Negara Afrika, boleh membuat penampilan sulungnya di Watford sebaik sahaja perlawanan Piala FA hujung minggu ini menentang saingan liga utama, Leicester City.

    Kamara memulakan kerjayanya sebagai bek kiri Chateauroux sebelum berpindah ke Stade de Reims pada 2015, di mana dia telah memenangi gelaran divisyen kedua Perancis. – AFP

    Watford telah menandatangani Hassane Kamara dari kelab Perancis Nice, dengan kontrak sehingga Jun 2025. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...