Monday, April 29, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Wolves sah tandatangani Kalajdzic

    LONDON, 31 OGOS – Wolverhampton Wanderers yang bergelut dalam saingan Liga Perdana mengambil langkah untuk memperkuat bahagian serangan hari ini dengan menandatangani penyerang antarabangsa Austria, Sasa Kalajdzic dengan harga 18 juta euro (A$18 juta).

    Kalajdzic yang berusia 25 tahun menandatangani perjanjian lima tahun, dengan pilihan 12 bulan tertakluk kepada visa dan permit kerja diperoleh.

    Kalajdzic yang beraksi 15 kali itu tiba di selepas beraksi dua musim Bundesliga di mana dia kerap kali menamatkan sebagai penjaring terbanyak pasukan VfB Stuttgart, dengan jaringan 23 gol.

    Wolves telah membuat permulaan yang buruk dengan menduduki tempat kedua dari bawah dan hanya menjaringkan dua gol dalam empat perlawanan liga. Kalajdzic yang akan menjadi sasaran kerana tingginya 6 kaki 7 inci (2 meter) berkata dia memilih Wolves kerana mereka menunjukkan minat yang paling tinggi kepadanya.

    “Saya amat bersyukur dan gembira berada di sini,” katanya dalam satu kenyataan kelab di laman web mereka. “Ia adalah kelab yang paling inginkan saya pada akhirnya.

    “Dalam kerjaya dan usia saya kini, adalah penting untuk merasakan langkah seterusnya dan pada akhirnya saya merasakan Wolverhampton adalah langkah terbaik untuk perkembangan saya.”

    Pengarah teknikal Wolves Scott Sellars berkata Kalajdzic memiliki ciri-ciri yang dicari kelab itu.

    “Kami sangat gembira untuk mendapatkannya, dia merupakan penyerang muda yang berbakat, mempunyai sifat yang sangat baik untuk permainannya dan sesuai dengan profil yang kami cari pada musim panas ini,” katanya. – AFP

    Reaksi Sasa Kalajdzic semasa bermain untuk pasukan VfB Stuttgart. Penyerang berusia 25 tahun itu sah menyertai Wolves dengan yuran perpindahan dilaporkan sebanyak 18 juta euro. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...