Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Zelensky arah insiden helikopter terhempas disiasat

    KYIV, 19 JAN – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menugaskan perkhidmatan sulit negara itu untuk menyiasat punca nahas helikopter yang menyebabkan kematian 14 orang termasuk Menteri Dalam Negeri, Denys Monastyrsky.

    Menurut agensi akhbar Jerman (DPA), punca insiden pagi Rabu itu masih belum dapat dipastikan tetapi Zelensky menjanjikan penjelasan menerusi ucapan video.

    Beliau berkata menteri dan timbalannya, Yehvheniy Yenin bukanlah ahli politik yang mudah digantikan dan menyifatkan satu kehilangan besar bagi negara ini.

    Laporan terbaharu mendedahkan mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak manakala 25 lagi cedera. – Bernama

    Bunga dan mainan diletakkan di atas serpihan helikopter yang terhempas di sebuah tadika di Brovary, Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...