Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    2 warga asing ditahan dalam Operasi SAKAT

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Dua individu warganegara asing telah ditahan hasil Operasi SAKAT 138/2023 yang telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Kuala Belait, baru-baru ini.

    Operasi menyasarkan satu projek pengubahsuaian bangunan di Kampung Pandan A, Kuala Belait di mana seramai 10 orang lelaki warganegara asing telah diperiksa.

    Dua daripadanya telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana seorang daripadanya dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan Imigresen 9(4) iaitu bekerja menggunakan Pas Lawatan.

    Manakala itu, seorang lagi didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

    Ke arah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan undang-undang berkaitan warganegara asing di Negara Brunei Darussalam, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai penguat kuasa JIPK membuat pemeriksaan semasa operasi berkenaan. – Gambar serahan JIPK
    Pegawai penguat kuasa menahan salah seorang warga asing. – Gambar serahan JIPK

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...