Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Sambutan Maulidur Rasul terus semarak

    Oleh Ak Zaki Kasharan & Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN/BELAIT, 24 OKT – Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad SAW tahun 1444H/2022M terus disemarakkan dengan majlis dikir Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di negara ini.

    Pusat Dakwah Islamiah (PDI) menerusi Bahagian Pembangunan Mualaf dengan kerjasama Persatuan Sinar Islam (PSI) di bangunan PSI cawangan Daerah Belait telah menganjurkan sambutan acara Maulidur Rasul, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Haji Roslan bin Haji Sulaiman. Ketibaan beliau disambut oleh Presiden PSI, Awang Abdul ‘Alim bin Abdullah Igol.

    Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Awang Ruslan bin Haji Sulaiman.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat sebagai tanda penghargaan daripada Presiden PSI dan wakil Unit Dakwah dan Ketua Pegawai Agama Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail.

    Haji Roslan menerima cenderahati daripada Presiden PSI dan wakil Unit Dakwah dan Ketua Pegawai Agama Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait.
    Ahli PGIT semasa mendengarkan ceramah bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.
    Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lambak bergambar ramai semasa majlis itu. – Gambar serahan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lambak, Jalan Pasir Berakas
    Ahli-ahli BDARA turut tidak ketinggalan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW dengan menganjurkan Majlis Dikir. – Gambar serahan BDARA

    Sementara itu, ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lambak, Jalan Pasir Berakas turut menyemarakkan sambutan Maulud Nabi dengan menganjurkan Majlis Dikir Maulidur Rasul.

    Majlis tersebut dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Lambak Kiri dan Pemangku Ketua Kampung Lambak B. Acara diserikan dengan persembahan dikir daripada pasukan yang terdiri daripada penuntut-penuntut tahfiz Negara Brunei Darussalam dan Kumpulan Zikir PERMAI. 

    Majlis dikir itu merupakan salah satu projek tahunan  Masjid Kampung Lambak, Jalan Pasir Berakas, dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

    Dalam pada itu, ahli-ahli daripada Persatuan Gerakan Ibu Tunggal (PGIT) telah menghadiri ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di dewan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan kelmarin. Hadir pada majlis tersebut ialah Pengasas dan Presiden PGIT, Dayang Norliha binti Haji Besar dan penceramah jemputan dari Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Hajah Zaliha binti Haji Ibrahim.

    Acara berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada Hajah Zaliha oleh Presiden PGIT diikuti jamuan ringan.

    Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) turut tidak ketinggalan menganjurkan majlis seumpamanya.

    Majlis turut diserikan dengan alunan tausyeh dan Doa Selamat memohon perlindungan daripada wabak COVID yang dibacakan oleh Haji Mohammad Fathi Fuad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

    Majlis dihadiri oleh Jawatankuasa Tertinggi BDARA dan ahli-ahli BDARA serta keluarga.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...