Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

100 orang sertai program bimbingan musabaqah

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI– Seramai 100 orang menghadiri program Skim Bimbingan Musabaqah Murattal Al-Quran dan Menghafaz Ayat-ayat Lazim Berserta Pemahamannya bermula hari ini hingga 19 Mei, di Dewan Persidangan dan Bilik Serba guna, Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

Program yang dikendalikan oleh PDI melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf) itu dihadiri oleh guru-guru Kelas Bimbingan Mualaf dan peserta-peserta dari keempat-empat daerah yang telah berjaya pada sesi uji cuba dan melayakkan diri untuk mara ke Musabaqah Peringkat Daerah.

Program dilaksanakan sebelum Musabaqah Peringkat Daerah diadakan dan telah disampaikan oleh dua orang fasilitator jemputan iaitu Pegawai Pelajaran, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Haji Mohamed Noor bin Haji Ibrahim @ Brahim bagi Musabaqah Murattal Al-Quran, dan Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Ahmad Baha bin Mokhtar memfokuskan Menghafaz Ayat-ayat Lazim Berserta Pemahamannya.

Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta melalui sesi perkongsian pengalaman dari para pembimbing.

Di samping itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai kaedah-kaedah bacaan dan lagu-lagu Al-Quran serta memberi fokus terhadap kekuatan dan kelemahan dalam bacaan Al-Quran.

Dengan adanya program ini diharap akan dapat meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan para mualaf tentang kaedah pembacaan Al-Quran yang betul seterusnya memperkasa para mualaf dalam bidang pembacaan Al-Quran dan menghafaz ayat-ayat lazim Al-Quran dan menjadikannya sebagai rutin dan amalan seharian.

Antara peserta yang menghadiri Skim Bimbingan Musabaqah Murattal Al-Quran dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Beserta Pemahamannya.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -