Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    13 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Seramai 13 orang anak yatim terdiri daripada anak-anak jururawat dan bidan telah menerima sumbangan daripada Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (PENJURU) pada Majlis Infak Kasih Kembali ke Sekolah 2023 di sebuah restoran di Kiulap, kelmarin.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Haji Nipah @ Ariffin bin Haji Hassan dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Dayang Zaiton binti Haji Abdullah selaku Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan, PENJURU.

    Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Yang Dipertua PENJURU, Hajah Asmah binti Haji Omar, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi persatuan dan ahli-ahli persatuan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian Infak Kasih Kembali ke Sekolah 2023 yang disempurnakan oleh Hajah Asmah kepada para penerima.

    Acara tersebut merupakan salah satu acara sosial dan kebajikan yang julung kali diungkayahkan oleh PENJURU dalam mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara persatuan tersebut dengan ahli-ahli persatuan serta anak-anak yatim daripada golongan jururawat dan bidan di Kementerian Kesihatan.

    Dengan adanya sumbangan itu, ia juga dapat membantu pihak kerajaan dalam menjaga dan memeduli kebajikan anak-anak yatim bagi membantu meringankan beban keluarga dalam persediaan persekolahan anak-anak.

    Ia juga bagi menerapkan semangat kerjasama dan menanamkan sifat tanggungjawab yang harus dipraktikkan sebagai seorang jururawat dan pemimpin masa hadapan melalui dengan aktiviti seumpamanya serta meningkatkan rasa perpaduan sesama mereka.

    Hajah Asmah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis yang berlangsung di salah sebuah restoran di Kiulap, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...