Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    14 juta data peribadi dicuri di Australia

    SYDNEY, 27 MAC – Penyedia perkhidmatan kewangan Australia Latitude hari ini mengesahkan bahawa kira-kira 14 juta butiran peribadi telah dicuri dalam insiden penggodaman yang menyasarkan syarikat itu baru-baru ini.

    Latitude memaklumkan bahawa kira-kira 7.9 juta nombor lesen memandu Australia dan New Zealand telah dicuri.

    Serangan berniat jahat itu turut mendedahkan 53,000 nombor pasport, manakala sekitar 100 pelanggan telah melaporkan kebocoran penyata kewangan bulanan mereka, lapor Xinhua.

    Sementara itu, syarikat itu juga mengenal pasti bahawa 6.1 juta rekod tambahan telah dicuri, termasuk beberapa maklumat peribadi, seperti nama, alamat, telefon dan tarikh lahir.

    “Amat mengecewakan bahawa sebilangan besar pelanggan dan pemohon telah terjejas akibat insiden ini. Kami memohon maaf.

    “Kami terus bekerja sepanjang masa untuk memulihkan operasi kami. Kami sedang memulihkan platform yang terjejas dan telah melaksanakan pemantauan keselamatan tambahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Latitude, Ahmed Fahour.

    Polis Persekutuan Australia kini sedang menyiasat insiden berkenaan.

    Penyerang dipercayai menggunakan log masuk pekerja untuk mencuri data penyedia perkhidmatan syarikat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...