Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    155 cedera dalam nahas kereta api

    MADRID, 7 DIS – Lebih 150 orang cedera ringan hari ini selepas sebuah kereta api merempuh belakang sebuah lagi kereta api di stesen berhampiran Barcelona, kata perkhidmatan kecemasan dan pengendali kereta api Sepanyol, Renfe hari ini.

    Jurucakap perkhidmatan kecemasan wilayah Sepanyol (SEM) berkata, sebahagian besar mangsa dalam insiden perlanggaran itu, yang dilaporkan berlaku sebelum jam 8 pagi tadi (waktu tempatan) hanya mengalami kecederaan ringan, sementara keadaan lima lagi penumpang lain turut dilaporkan tidak serius.

    “Berlaku perlanggaran antara dua kereta api pada jam 7:50 pagi di stesen Montcada i Reixac-Manresa, di laluan menuju ke Barcelona, ​​ini bermakna sebuah kereta api melanggar belakang sebuah kereta api lain,” beritahu jurucakap pengendali kereta api negeri itu kepada AFP.

    Katanya, trafik di sepanjang laluan itu digantung di kedua-dua arah dan Renfe telah memulakan siasatan susulan insiden berkenaan.

    “Seramai 155 orang terbabit dalam insiden itu, 150 orang mangsa mengalami cedera ringan, manakala lima lagi turut cedera, namun tidak serius,” katanya kepada AFP.

    Beliau turut memberitahu, sebanyak 18 unit perubatan telah dikerahkan ke lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari utara Barcelona untuk membantu mangsa nahas. AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...