Friday, May 10, 2024
23 C
Brunei

    -

    156,000 pelarian tiba di Poland

    WARSAW, 27 FEB – Pengawal sempadan Poland hari ini berkata lebih 156,000 orang telah menyeberang ke negara Kesatuan Eropah (EU) dari Ukraine beberapa hari semenjak Rusia menyerang negara bekas Soviet itu.

    Angka terbaharu menunjukkan peningkatan puluhan ribu berbanding yang dilaporkan kelmarin, menunjukkan betapa cepatnya pelarian Ukraine memasuki ke negara jiran barat mereka.

    “Sejak bermulanya permusuhan di Ukraine pada 24 Februari lalu, pegawai pengawal sempadan memproses sejumlah 187,800 orang di semua persimpangan dengan Ukraine,” menurut kenyataan dalam laman Twitter milik pengawal sempadan Poland.

    Jumlah itu juga termasuk mereka yang telah meninggalkan Poland ke Ukraine, tetapi majoriti besar, atau lebih daripada 156,000, adalah orang yang melarikan diri dari Ukraine, kata mereka.

    “Semalam sahaja, rekod jumlah orang yang telah diproses termasuk dengan 77,300 yang memasuki Poland dari Ukraine, tambah mereka.

    Poland, yang telah menjadi rumah kepada kira-kira 1.5 juta rakyat Ukraine sebelum pencerobohan Rusia pada Khamis lalu dan telah menyatakan sokongan padu untuk Ukraine, setakat ini menyaksikan sebahagian besar daripada mereka yang melarikan diri dari Ukraine menyeberang ke wilayahnya.

    Tetapi ribuan pelarian yang lain telah melarikan diri ke negara jiran Ukraine iaitu Hungary, Moldova, Slovakia dan Romania. – AFP

    Antara pelarian Ukraine yang kelihatan meninggalkan negara mereka dan menuju ke negara-negara jiran. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...