Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    18 mangsa banjir terkorban dalam kebakaran bas

    KARACHI, 13 OKT – Kira-kira 18 warga Pakistan, termasuk 12 kanak-kanak, terkorban dalam kebakaran bas ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas melarikan diri dari banjir monsun yang dahsyat, kata pegawai dan pekerja penyelamat hari ini.

    Polis berkata, penumpang maut apabila api memusnahkan sebuah bas yang menuju ke arah utara di luar bandar Karachi, tempat mereka berteduh sementara selepas kawasan mereka dilanda banjir.

    “Mereka dalam perjalanan pulang ke kampung apabila ditimpa kemalangan itu,” kata Vinod Kumar, pegawai kesihatan daerah yang hadir di lokasi kejadian, memberitahu AFP.

    “Kelihatannya, kebakaran berlaku dalam sistem penghawa dingin bas tersebut tetapi siasatan akan mendedahkan punca sebenar,” kata pegawai polis Hashim Brohi, yang juga berada di lokasi tersebut.

    Pakistan telah dilanda hujan monsun yang tidak pernah berlaku sebelum ini, tahun ini, meletakkan satu pertiga daripada negara itu di bawah air, menyebabkan lapan juta orang kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan bernilai AS$28 bilion. – AFP

    Sukarelawan berkumpul di tepi bas yang rentung di Nooriabad, Pakistan pada 13 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...