Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    27 maut, 32 hilang nahas bot karam

    KIGALI, RWANDA, 13 OKT – Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala 32 lagi masih hilang selepas bot yang dinaiki karam di Sungai Congo di Republik Demokratik Congo, lapor Agensi Anadolu.

    Bot itu dilaporkan terbalik di hilir kawasan WendjiSecli kira-kira 20 kilometer (12 batu) dari barat daya bandar Mbandaka di wilayah Equateur pada lewat Selasa, menurut jurucakap wilayah Luc-Didier Mbula.

    “Sehingga pagi kelmarin, 27 mayat telah ditemukan termasuk anak damit, manakala kira-kira 60 lagi mangsa berjaya diselamatkan,” kata Mbula kepada pemberita.

    Bot tersebut dilaporkan membawa sekitar 120 penumpang, manakala usaha menyelamat masih dijalankan.

    Kemalangan tersebut dipercayai berlaku akibat tiupan angin kencang hingga mengakibatkan bot karam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia tuduh China berkelakuan bahaya berkaitan jet pejuang

    MELBOURNE, 7 MEI - Australia telah memprotes Beijing melalui pelbagai saluran bahawa sebuah jet pejuang China membahayakan helikopter tentera laut Australia dengan suar di...