Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    188 pelajar IBTE ikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Seramai 188 penuntut Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) yang menyertai Program Jati Diri Kohort di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong, telah mengikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran, kelmarin.

    Sepanjang taklimat, para penuntut diberi penerangan mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api sesuai dengan jenis kebakaran serta tatacara mengangkat dan memindahkan mangsa.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), dalam kenyataannya, berharap taklimat itu dapat mempertingkatkan semangat jati diri dan setia kawan dalam kalangan penuntut.

    Selain itu, taklimat tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran dan memupuk rasa bertanggungjawab dalam kalangan belia dan beliawanis agar mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran.

    Di kesempatan itu, JBP memaklumkan bahawa mereka ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Orang ramai boleh hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat jika berlakunya sebarang insiden kecemasan.

    Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam praktikal tatacara mengangkat dan memindahkan mangsa kebakaran pada taklimat berkenaan. – Gambar oleh JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hong Kong adakan pilihan raya majlis pertama di bawah peraturan baharu

    HONG KONG, 10 DIS - Penduduk pergi mengundi pada hari ini dalam pilihan raya majlis daerah pertama Hong Kong sejak rombakan pilihan raya dilaksanakan...