Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    2 anggota kanan IS terbunuh di Afghanistan

    ISLAMABAD, 28 FEB – Dua anggota kanan kumpulan IS telah terbunuh di Afghanistan sejak beberapa minggu kebelakangan dalam operasi berasingan oleh pasukan keselamatan Taliban, kata seorang jurucakap Taliban hari ini.

    Tentera Taliban membunuh Qari Fateh, ketua perisikan dan operasi IS serantau, semasa serbuan di Kabul pada hujung minggu, Zabihullah Mujahid, jurucakap utama kerajaan Taliban, berkata dalam satu kenyataan.

    Sebuah saluran berita yang bersekutu dengan kumpulan IS hari ini menyiarkan pengesahan kematian Fateh pada sembang Telegram yang dikendalikan IS.

    Awal bulan ini dalam operasi berasingan di Kabul, tiga anggota IS, termasuk pemimpin kanan IS, Ijaz Amin Ahingar terbunuh.

    Mujahid berkata, beberapa anggota IS lain, termasuk warga asing yang merancang serangan maut, juga telah ditahan dalam beberapa hari kebelakangan.

    Seorang pejuang Taliban memeriksa sebuah rumah kumpulan IS yang musnah dalam konflik berterusan antara kedua-duanya di Kabul, Afghanistan, kelmarin. – AP

    Gabungan serantau kumpulan IS yang dikenali sebagai Negara Islam di wilayah Khorasan adalah saingan utama Taliban.

    Kumpulan militan itu telah meningkatkan serangannya di Afghanistan sejak Taliban mengambil alih negara itu pada Ogos 2021.

    Sasaran termasuk rondaan Taliban dan anggota minoriti Syiah Afghanistan.

    Sementara itu, pada Januari, lapan militan IS terbunuh dan sembilan lagi ditahan dalam siri serbuan yang menyasarkan tokoh penting.

    Serbuan di ibu kota dan wilayah barat Nimroz menyasarkan militan IS yang menganjurkan serangan ke atas Hotel Longan di Kabul, kedutaan Pakistan dan lapangan terbang tentera. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...