Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Dua pelanggan bertuah Tyremart memenangi iPhone 14 dan iPad 9 setelah terpilih sebagai pemenang dalam promosi Michelin yang berlangsung antara Oktober 2022 dan Januari 2023.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Tyremart cawangan Gadong, kelmarin, di mana Dayang Fadhlina binti Ahmad membawa pulang iPhone 14 manakala Haji Osman memenangi iPad 9.
Cabutan bagi memilih pemenang telah diadakan bulan lalu di cawangan Gadong dengan pemenang iPhone 14 telah diputuskan oleh Penyelia Cawangan, Cheong dan pemenang iPad 9 dipilih oleh wakil pihak pemasaran, Miko di hadapan kakitangan cawangan dan pelanggan.
Penyelia Cawangan Gadong, Jennifer telah menyampaikan hadiah kepada Haji Osman, yang melahirkan rasa terima kasih dan berkata, “Saya memberitahu isteri saya bahawa
kami memenangi iPad dan dia begitu teruja untuk menyertai saya semasa acara ini.”
Pengurus Cawangan Kuala Belait, Eric pula telah menyampaikan iPhone 14 kepada Dayang Fadhlina.
Dayang Fadhlina berkata, “Apabila menerima panggilan daripada Tyremart, saya tidak percaya dengan apa yang didengar dan saya mengambil sedikit masa untuk menerima hakikat bahawa saya memenangi hadiah utama.
“Saya sangat gembira kerana suami saya membuat keputusan untuk menggantikan tayar lama saya dengan Michelin,” tambahnya.
Tyremart adalah pengedar sah tayar Michelin dengan tujuh cawangannya di negara ini.
