Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    AS bakal perketat peraturan pelaburan di China

    WILMINGTON, DELAWARE, 5 MAC – Pentadbiran Biden bakal memperketat peraturan mengenai beberapa pelaburan luar negara oleh syarikat Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mengehadkan keupayaan China untuk memperoleh teknologi yang mampu mempertingkat pengaruh tenteranya, menurut pegawai AS yang rapat dengan perbincangan itu.

    Perintah eksekutif yang bakal dikeluarkan oleh Presiden Joe Biden akan mengehadkan pelaburan AS dalam teknologi canggih yang mempunyai implikasi keselamatan negara – seperti keupayaan tentera generasi akan datang yang mungkin membantu China mempertingkat kepantasan dan ketepatan dalam membuat keputusan tentera, menurut pegawai itu, yang tidak dibenarkan membuat komen dan bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan.

    Tindakan itu merupakan usaha terbaharu oleh Rumah Putih untuk menyasarkan tentera dan sektor teknologi China pada masa hubungan semakin tegang di antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia.

    Pegawai pentadbiran telah berunding dengan sekutu memandangkan mereka telah merumuskan peraturan baharu mengenai pelaburan AS, menurut pegawai.

    Agensi berkata mereka dijangka mendapatkan wang tambahan untuk program penapisan pelaburan dalam bajet Rumah Putih, yang dijadual dikeluarkan pada 9 Mac, menurut Jurnal. – AP

    Presiden Joe Biden bercakap semasa bertemu dengan Canselor Jerman Olaf Scholz di Pejabat Oval, Rumah Putih di Washington pada 3 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia tuduh China berkelakuan bahaya berkaitan jet pejuang

    MELBOURNE, 7 MEI - Australia telah memprotes Beijing melalui pelbagai saluran bahawa sebuah jet pejuang China membahayakan helikopter tentera laut Australia dengan suar di...