Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    20 pelajar keracunan Metanol di Pitas

    KOTA KINABALU, 9 JUN – Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas terlibat dalam kes keracunan metanol, dipercayai berpunca akibat meminum campuran air berkarbonat dan ‘spirit’ pada Selasa lepas (6 Jun).

    Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam), Dr Asits Sanna berkata mangsa berusia antara 13 hingga 17 tahun dan lapan daripadanya mengalami gejala seperti lemah badan, sakit perut, muntah, kabur penglihatan serta pening kepala, manakala 12 lagi tidak bergejala.

    Beliau berkata daripada kumpulan yang bergejala itu, kesihatan dua pelajar semakin merosot dan masing-masing telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi
    (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan ICU Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) untuk rawatan lanjut, semalam.

    “.. (daripada kes bergelaja) sebanyak lima kes lagi telah dihantar ke HQE untuk rawatan lanjut dan satu kes masih dirawat di Hospital Pitas. Siasatan awal mendapati mangsa mengambil minuman itu pada pukul 2:30 petang, Selasa lalu,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

    Katanya semua kes telah mendapat rawatan awal di Hospital Pitas.

    Pitas, sebuah daerah di utara Sabah, terletak kira-kira 175 kilometer dari sini.

    Dr Asits berkata 12 pelajar yang tidak bergejala itu telah dimasukkan ke wad di Hospital Pitas untuk pemantauan dan rawatan seterusnya.

    Beliau berkata sampel berkaitan telah diambil untuk pengesahan kehadiran metanol termasuk darah, urin, serta sampel ‘spirit’, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...