Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    20 sertai Program Inovasi 1K1P

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Seramai 20 peserta yang terdiri daripada belia-belia, para pengusaha Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mewakili empat daerah telah menyertai Program Inovasi 1K1P di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, yang berlangsung empat hari bermula hari ini sehingga 30 Mei nanti.

    Sementara itu, para pemimpin akar umbi dalam kalangan ketua-ketua kampung yang baru dilantik juga turut serta dalam acara tersebut.

    Program berkenaan dimulakan dengan sesi perbincangan dan taklimat yang disampaikan oleh wakil-wakil daripada agensi-agensi kerajaan, swasta, persatuan dan perkongsian daripada para usahawan belia serta pengusaha 1K1P dalam program Diskusi Inovasi Produk 1K1P.

    Para penyampai yang diundang dalam program perbincangan tersebut, antaranya ialah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Jabatan Daerah Tutong yang menyampaikan Program 1K1P, Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) dengan sesi perkongsian oleh dua usahawan muda daripada Jaddams dan Pais C Haji.

    Manakala taklimat Permit Halal disampaikan oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal, Pejabat Hal Ehwal Ugawa Tutong; Inovasi Produk Pelancongan daripada Jabatan Kemajuan Pelancongan; Kewangan dan Keusahawanan disampaikan oleh wakil AIA iaitu Kelvin Pong, manakala Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong akan menyentuh topik Destinasi Tutong.

    Antara peserta yang menyertai program tersebut di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

    Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk mendengar perkongsian daripada tiga pengusaha 1K1P Daerah Tutong iaitu produk minyak wangi gaharu daripada Angkasa Oud, produk keropok Syarikat Hairol Aminah dan pengusaha Lamin Kampung.

    Pameran mini mengenai 1K1P juga disediakan oleh pihak penganjur sebagai inisiatif memperkenalkan secara dekat produk-produk 1K1P Daerah Tutong kepada para peserta. Sebagai tambahan, produk-produk Program Transformasi 1K1P dan Program Destinasi Tutong turut dipamerkan.

    Program tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti fasa pertama yang bertemakan ‘Ke Arah Inovasi Produk yang Inklusif’, berkaitan dengan 1K1P ke arah perkembangan dan kemajuan produk berkenaan.

    Ini termasuklah peluang-peluang yang mampu diterokai oleh para peserta dalam keusahawanan seperti Program Belia Membangun dan program-program lain yang diperkenalkan oleh KHEDN di bawah majlis-majlis perundingan kampung (MPK).

    Program sedemikian telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Daerah Tutong, Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dan MPK Daerah Tutong dengan kerjasama KHEDN. Ia bertujuan bagi menghasilkan produk-produk baharu berkualiti tinggi yang mempunyai nilai komersial, mampu dimiliki dan mendapat permintaan tinggi di pasaran melalui kaedah inovasi kepada produk-produk 1K1P yang sedia ada.

    Inisiatif tersebut juga adalah bagi memartabatkan jenama produk 1K1P sebagai produk keluaran Negara Brunei Darussalam yang unggul dan berkualiti tinggi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...