Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    2,025 usahawan kraf Sabah terima insentif pemulih

    KOTA KINABALU, 12 OGOS – Seramai 2,025 usahawan kraf Sabah menerima insentif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Industri Kraf bertujuan mengukuhkan semula perniagaan mereka yang terkesan akibat COVID-19.

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata insentif berupa bantuan kewangan sekali bayar berjumlah RM1,500 setiap usahawan itu juga diharap dapat merancakkan semula industri kraf negara.

    “Inisiatif tersebut telah bermula pada April lepas dan dijangka memberi manfaat kepada 6,000 usahawan kraf seluruh negara,” katanya dalam kenyataan sempena penyerahan insentif itu di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di Inanam di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...