Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    209 pelajar IBTE diraikan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seramai 209 orang pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) kohort pertama menerima sijil mereka di peringkat iSkill Kemahiran Kelayakan Perindustrian (ISQ) dan ISQ setelah berjaya menamatkan program mereka selama 15 bulan.

    Pelajar-pelajar berkenaan diraikan dan menerima sijil mereka dalam Majlis Penganugerahan Sijil ISQ yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong, hari ini.

    Hadir menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pelajar yang diraikan ialah Setiausaha Tetap (Tenaga) diJabatan Perdana Menteri, Haji Azhar bin Haji Yahya.

    Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli dalam kata alu-aluannya menyatakan harapan kejayaan para graduan menamatkan pengajian mereka dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan untuk terus maju ke hadapan dan menyumbang ke arah perkembangan negara selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035. Kejayaan itu, tambahnya, menggambarkan usaha berterusan para graduan serta doa dan sokongan para ibu bapa di dalam merealisasikan kejayaan anak-anak mereka.

    Pada masa yang sama, Dr Haji Mohd Zamri menyatakan penghargaan kepada Organisasi Latihan Berdaftar (RTO) dan pihak industri kerana dedikasi mereka dalam memberikan latihan bagi modul khusus dan bagi penempatan industri untuk para pelajar memperoleh serta mempraktikkan kemahiran. Menurutnya, dengan tamatnya program iSkill ISQ dan ISQ, para graduan telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pihak indusrti.

    “Saya juga percaya, para graduan juga telah bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi dengan mempunyai ciri-ciri yang terpuji seperti keyakinan diri, semangat berdikari serta sentiasa berusaha lebih gigih untuk menghadapi ke alam pekerjaan yang semakin mencabar,” tegasnya.

    Beliau juga menasihatkan para pelajar supaya terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing serta mengukuhkan integriti, disiplin, tanggungjawab, kerohanian, lebih berdaya tahan, berdaya saing dan mampan. Majlis diteruskan dengan penganugerahan Sijil ISQ kepada para pelajar yang diraikan oleh Haji Azhar. Beliau turut menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik kepada Awang Muhammad Aiman bin Joffrey daripada jurusan ISQ in Welding, School of Energy and Engineering Satellite, IBTE Kampus Jefri Bolkiah.

    Salah seorang pelajar yang tamat pengajian, Dayang Nuraliza binti Muhammad Mustafa yang mengambil jurusan marking and fitting menyatakan pelbagai cabaran perlu dilalui oleh mereka sepanjang pengajian termasuk melalui pandemik COVID-19. Mengulas mengenai kursus yang diambilnya, Dayang Nuraliza berkata ia merupakan jurusan yang mencabar dan beliau bersama dengan rakan-rakan perempuan yang lain memilih untuk mengikuti jurusan berkenaan. Ia untuk menunjukkan bahawa kaum wanita juga mampu berdiri setanding dengan kaum lelaki menceburi bidang kerjaya yang mencabar. Beliau menyatakan akan terus berazam untuk terus meningkatkan kemahiran dalam bidang kerjaya pilihan. Beliau juga ingin membuktikan bahawa kaum perempuan juga boleh menceburi bidang kerjaya mencabar setanding dengan kaum lelaki.

    Acara penganugerahan sijil berkenaan merupakan sebahagian daripada Majlis Konvokesyen IBTE ke-30 yang telah diadakan pada 15 November lalu, untuk graduan Sijil ISQ yang baru tamat Program Jati Diri Kohort 1 Pelajar IBTE di PKBN, Temburong pada 17 November lalu.

    Haji Azhar menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar lelaki yang diraikan semasa majlis berkenaan.
    Haji Azhar menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar perempuan yang diraikan semasa majlis berkenaan.
    Dayang Nuraliza ketika ditemubual.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...