Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    21 pesara, 1 warga ABDB terima wakaf

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Seramai 21 orang pesara tentera dan seorang anggota tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima wakaf alat kemudahan perubatan pada satu acara khas kemasyarakatan sempena Sambutan Jubli Intan (60 tahun) ABDB, hari ini.

    Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat bersama pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan pegawai-pegawai kanan ABDB secara serentak berkunjung ke 18 buah rumah para penerima di beberapa daerah bagi menyerahkan sumbangan wakaf tersebut.

    Turut hadir semasa penyerahan-penyerahan tersebut ialah ahli-ahli dari Bahagian Hal Ehwal Pesara Tentera (BHEPT) dan Persatuan PERWIRA.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini, sumbangan wakaf tersebut diperolehi melalui Tabung Kebajikan ABDB serta sumbangan amal daripada Masyarakat Anggota Perkhidmatan Pinjaman British (British Loan Service Community Shop).

    Sebanyak 31 alat kemudahan perubatan telah disumbangkan termasuk katil perubatan elektrik, kerusi roda elektrik dan biasa, kerusi komod, lapik tilam udara, tongkat dan alat penyedut perubatan.

    Para penerima sumbangan telah dikenal pasti oleh ahli-ahli pesara tentera dan jawatankuasa projek menurut keperluan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan para penerima.

    Antara pesara tentera ABDB yang menerima wakaf alat kemudahan perubatan sempena Sambutan Jubli Intan ABDB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...