Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Kenali spesies ikan terhandal, Marlin

    Oleh Raz AS

    Ikan Marlin atau juga dikenali sebagai ikan mersuji merupakan spesies ikan daripada keluarga Istiophoridae, yang mengandungi kira-kira sebanyak 10 sub spesies.

    Ikan mersuji mempunyai badan yang memanjang, dan munjung yang menajam seperti tombak. Sirip dorsalnya bermula daripada bahagian belakang kepala dan mengembang, namun berbeza daripada sirip ikan layaran daripada keluarga yang sama yang mengembang lebar seakan-akan layar kapal.

    Ikan mersuji merupakan ikan kedua terlaju di dunia selepas ikan layaran, yang mana kelajuan pecutan renangan ikan mersuji boleh mencecah sehingga kira-kira 80 kilometer sejam bersamaan dengan 50 batu sejam.

    Antara spesies terbesar daripada keluarga ikan mersuji adalah Atlantic Blue Marlin ataupun Mersuji Biru Atlantik, atau nama saintifiknya Makaira Nigricans, yang boleh mencecah sehingga 5 meter (16.4 kaki) panjang dan seberat 818 kilogram (1,803 lb) dan Black Marlin, Mersuji Hitam atau nama saintifiknya Istiompax Indica, yang juga boleh mencecah sehingga 5 meter dan seberat 670 kilogram (1,480 lb).

    Ikan mersuji mendapat pengiktirafan sebagai spesies gamefish terhebat bagi sukan memancing di luar pantai, bukan sahaja kerana saiznya yang besar dan pecutannya yang padu, namun ikan ini juga sangat licik memuntahkan mata kail dengan lompatan akrobatiknya menjadikannya sangat susah untuk ditewaskan.

    Oleh yang demikian, ikan mersuji merupakan esen yang sangat popular dan diidam-idamkan oleh kalangan kaki pancing, yang mana sehingga hari ini industri sukan memancing mersuji telah menjadi sebuah industri bernilai jutaan dolar.

    Ikan mersuji mendapat pengiktirafan sebagai spesies gamefish terhebat bagi sukan memancing di luar pantai.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...