Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

$226,058 dikutip menerusi SMS untuk anak yatim

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Sebanyak $226,058 telah berjaya dikutip menerusi Kempen SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-anak Yatim bagi 2022 dan telah diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Digadong, KKBS di mana hasil kutipan berkenaan diterima oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

Daripada jumlah berkenaan, sejumlah $205,518 adalah daripada DST Sdn Bhd iaitu
$195,518 hasil kutipan daripada pelanggan DST dan $10,000 daripada pegawai dan kakitangan DST yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Radin Sufri bin Radin Basiuni.

Majlis seterusnya menyaksikan penyerahan hasil kutipan SMS daripada pelanggan Progresif berjumlah $20,000 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd, Dayang Nurul Haniah binti Haji Jaafar, manakala itu, imagine Sdn Bhd pula berjaya mengumpulkan sebanyak $540 yang disampaikan oleh Awang Abdul Hafiz Aizuddin bin Haji Hasheim selaku wakil daripada syarikat berkenaan.

SMS Brunei Prihatin merupakan projek tahunan yang diungkayahkan bersama oleh KKBS melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) dan syarikat telekomunikasi sejak 2005 bagi membuka platform untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim yang berdaftar di bawah Pendaftaran Kebangsaan Anak-anak Yatim.

Sejak platform berkenaan dibukakan, sambutan daripada orang ramai adalah sangat menggalakkan.

Semua jumlah kutipan yang diterima akan disumbangkan sepenuhnya kepada tabung anak-anak yatim di bawah kendalian JAPEM.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerima sumbangan daripada pelanggan imagine yang disampaikan oleh Awang Abdul Hafiz Aizuddin.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerima sumbangan daripada pelanggan Progresif yang disampaikan oleh Dayang Nurul Haniah.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerima sumbangan daripada pelanggan dan kakitangan DST yang disampaikan Awang Radin Sufri.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -