Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    25 warga BKISHHB tamat Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) telah berjaya menamatkan Kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari, pada 23 hingga 25 Mei lalu.

    Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) itu diadakan di BKISHHB.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, dengan berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP) wabak COVID-19, sebelum kursus dijalankan, para peserta kursus melakukan ujian pantas antigen (ART) dan mengamalkan penjarakan sosial berserta sentiasa mengutamakan pemakaian pelitup muka.

    Hadir bagi acara penutup kursus ialah Pemangku Pengarah BKISHHB, Dr Haji Mohammad Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Pemangku Timbalan Pengarah, Haji Muhammad Ibrahim bin Haji Juma’at.

    Sepanjang kursus itu, para peserta diberikan pendedahan kepada pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai sebab dan punca-punca berlakunya kebakaran, mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat pengosongan bangunan secara bersistematik, tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap dalam bangunan apabila berlakunya kebakaran serta mengadakan lawatan ke Balai Bomba Beribi bagi mengenali perkakas-perkakas dan peralatan bomba.

    Kenyataan menyatakan, JBP juga menyediakan program keselamatan seperti taklimat mencegah kebakaran, Life Saver 995 bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Peserta kursus semasa diberikan tunjuk ajar cara menggunakan alat pemadam api. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...