Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    254 lagi berlepas ke Madinah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Seramai 254 orang lagi bakal jemaah haji telah berlepas ke Tanah Suci bagi penerbangan ketiga dengan menggunakan pesawat Royal Brunei Airlines BI4205 dan dijangka tiba di Madinah pada 1:40 petang waktu tempatan.

    Jumlah berkenaan termasuk pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan) dan pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB).

    Pada penerbangan kali ini, seramai 251 orang bakal jemaah haji, iaitu 115 orang lelaki dan 136 orang perempuan mengikuti pakej haji Syarikat DSSB.

    Turut mengiringi bakal jemaah haji ialah tiga orang Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan).

    Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna; Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

    Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang dan ahli-ahli Jemaah Penasihat Haji, para pengarah serta penolong pengarah di bawah KHEU.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Haji Haris bin Haji Suboh, manakala itu, azan dilaungkan oleh Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...