Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    27 sertai Kem Kepimpinan LiveWIRES

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan LiveWIRE Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Untuk menanam nilai-nilai kepimpinan dalam diri individu dan meneroka keupayaan terpendam mereka, seramai 27 orang individu telah menyertai Program Kem Kepimpinan LiveWIRE yang diadakan pada 26 hingga 28 Ogos.

    Para peserta terdiri daripada pelajar dari Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Politeknik Brunei (PB) dan pegawai-pegawai daripada rakan strategik Shell LiveWIRE Brunei iaitu Progresif Sdn Bhd, Jabatan Penjara, Kmenterian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik (BKN) serta Pusat Pembangunan Belia (PPB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Kem kepimpinan berkenaan merupakan program tiga hari dan dua malam yang berlangsung di Trandie Marina Resort, Temburong dan direka bagi memenuhi keperluan untuk mencuba sesuatu yang baharu, dan membuat penilaian kendiri dengan tumpuan bagi memperkasa serta menghidupkan semula keseronokan, tenaga dan haluan supaya dapat bertindak menuju ke arah kemajuan dan kepimpinan.

    Sepanjang program itu, para peserta telah mengambil bahagian dalam tujuh sesi di mana sesi pertama dimulakan dengan sesi pengenalan yang dikendalikan oleh Pengurus Program Shell LiveWIRE Brunei, Awang Abdul Qawiem bin Haji Yacob.

    Sesi kemudian diambil alih oleh Kaunselor Perniagaan Kanan, Shell LiveWIRE Brunei, Awang Mohd Fadhilullah Tudun @ Hasbullah Bobby bin Hassan bagi lima sesi teori di mana para peserta ditugaskan untuk menyenaraikan sifat-sifat positif dan negatif masing-masing serta untuk mencari persamaan dengan seorang pemimpin pilihan bagi sifat kepimpinan mereka.

    Sementara itu, turut diadakan adalah dua sesi fizikal meliputi aktiviti meredah hutan, berakit dan laluan berhalangan yang dipimpin oleh juru pandu berpengalaman dari Trandie Marina Resort.

    Para peserta dipimpin dan dipantau rapat oleh pengawas Shell LiveWIRE Brunei untuk menilai bagaimana para peserta boleh memimpin dan memberikan motivasi kepada yang lain serta prestasi mereka dalam pasukan di mana ia memberikan peluang kepada mereka untuk mengamalkan segala teori yang telah dipelajari sebelumnya.

    Pada hari terakhir, para peserta telah berkongsi mengenai apa yang telah dipelajari mengenai diri mereka serta mengisytiharkan apa yang perlu mereka capai untuk merubah diri menjadi pemimpin yang lebih baik.

    Ia diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan pengawas kem
    berkenaan.

    Gambar ramai para peserta kem kepimpinan berkenaan.
    Antara aktiviti yang diadakan semasa kem tiga hari berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...