Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    3 anggota skuad pemusnah bom cedera

    SONGKHLA, 4 FEB – Tiga anggota skuad pemusnah bom cedera, seorang daripadanya parah, dalam satu insiden letupan bom di Chana, Songkhla, selatan Thailand pada Jumaat. 

    Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Pol Kol Kiattisak Neewong berkata mereka digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

    Dalam insiden kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan), sebutir bom meletup berdekatan sebuah landasan keretapi di Ban Na, Chana ketika lapan anggota pemusnah bom membuat pemeriksaan berdekatan landasan keretapi selepas satu letupan berlaku di situ pada petang Khamis.

    Dalam letupan pertama pada pukul 5 petang (waktu tempatan) Khamis, seorang lelaki yang terpijak sebutir bom berdekatan landasan itu patah kaki.

    Juga pada Khamis, tiga lelaki yang dipercayai anggota militan maut dan seorang lagi cedera dalam satu insiden berbalas tembakan tidak jauh dari tempat kejadian letupan bom itu. – Bernama 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...